Upin Ipin
Mereka adalah dua orang kembar yang tinggal bersama kakak dan opah dalam sebuah
kampung iaitu Kampung Durian Runtuh. Mereka kehilangan ibu bapanya sejak mereka bayi. Mereka berdua ini sangat nakal. Tetepi mereka baik juga. Ayam goreng adalah makanan kegemaran Ipin dan selalu menyebut '' betul betul betul ''.Upin seorang yang memandang serius peranannya sebagai abng kepada Ipin.
Opah
Mak Uda ialah nenek kepada Upin, Ipin dan Ros ( atau lebih dipanngil opah ).Dia Berhati murni dan lebih lemah lembut kepada Upin dan Ipin berbanding Ros. Dia bijaksana mengenai hal-ehwal duniawi dan keagamaan.
Kak Ros
Kak Ros ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mengambil kesempatan untuk mempermainkan adiknya Upin & Ipin.Ehsan
Ehsan bin Azzarudin ialah kawan akrab Fizi yang tinggal bersebelahan sahaja. Dia juga menyandang jawatan '' Ketua Kelas '' dalam bilik darjah di Tadika Mesra dengan beralaskan '' Bowtie '' pada pakaian sekolahnya sebagai bukti. Meskipun suka menyepi, cemerkap dan cerewet pasal gaya, dia tetap seorang kawan setia. Fizi gemar mengejek Ehsan dengan gelaran '' Intan Payung '' kerana Fizi terdengar bapa Ehsan memanggilnya sebegitu. Fizi
Muhammad Al-Hafezzy atau lebih mesra dikenali sebagai Fizi ialah seorang jiran kepada Upin & Ipin. Dia bersifat keyakinan dan dimanjakan oleh ibu bapanya. Kadang-kala dia kelihatan bercakap besar dan mengejek terutamanya memanggil Ehsan dengan jolokan '' Intan Payung '' yang sering dipanggil oleh bapa Ehsan. Sesekali Ehsan didapati menunjukkan sikap mengecut tetapi sebenarnya baik hati dan mesra orangnya.